Monday, June 13, 2011

kisah nama kampung halaman aku

Assalamualaikum..

Entry kali ni aku nk kongsi sejarah kampung halaman aku.. Tempat aku dilahirkan. Tempat aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Tempat aku di didik menjadi manusia....eeh2....lebeh2 lak aku nier..hehehe...mesti korang nak tahu kan per nama kampung aku nier, tp sapa yang tahu buat derrkk jer ok. Nama kampung aku kampung sungai apong. Ha!!??? kenapa pelik sangat nama kampung tur..per yang terapung?emas terapung ker?masjid terapung ker?sungainya terapung ker..mesti itu persoalan yang terlantas di pikiran korang kn..?? baik ngaku jer...hehehe.. der kisah di sebalik nama itu....
kalau korang nk lebeh lanjut..baca info kat bawah nier....


Info:

Nama Kampung Sungai Apong mengambil sempena daripada kedudukannya yang berhampiran dengan pantai yang kerapkali ditenggelami air. Selain itu, menurut cerita orang-orang tua, kampung ini mendapat nama sempena dengan terjadinya peristiwa di mana sebuah kapal Jepun yang ditinggalkan terapung-apung di muara sungai sewaktu Perang Dunia Kedua.

Masjid al-rahman kg sg apong

Kampung ini terletak di penghujung Utara negeri Selangor Darul Ehsan, bersempadan dengan Kampung Teluk Rhu di sebelah Timur, Laut China Selatan dan Kuala Sungai Bernam di sebelah Barat, Kampung Teluk Belanga dan Kampung Parit Baharu di sebelah Selatan. Jarak kampung ini dari pusat pentadbiran daerah Sabak Bernam, di Sungai Besar ialah 25 kilometer dan Bandar terdekat ialah Pekan Sabak sejauh 15 kilometer.

Haaaa!! dah abes baca?? tur la pasal nama kampung aku mcm nier. hehehe.....tp sampai sekarang aku xnampak pon bangkai kapal tentera jepun tur...dh kner bom kot masa perang kedua tur..hahaha. kedudukan pon kt penghujung utara negeri.. patotla ramai sangat budak-budak poli nier merungut, tension..kononnya xbest / buhsan duduk penghujung dunia nier...hehehe. tp apa pun ini la kampung aku..!

1 comment:

  1. jom join !..

    http://simpl3blog.blogspot.com/2011/06/segmen-aku-seorang-blogger.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...