Monday, August 29, 2011
Wednesday, July 6, 2011
Wordless Wednesday *9



Wordless Wednesday *8

Tuesday, July 5, 2011
Blogging VS Vlogging
Monday, July 4, 2011
Kuala Lumpur

Thursday, June 30, 2011
Rahsia bulan kelahiran anda.
Assalamualaikum....
korang try la ramalan kt bwah nier...alaaa..ini bukannya ramalan yang mensyirikkan pon..just suka-suka jer...senang sahaja..just buat pilihan secara mengikut turutan jer...tapi..pastikan jawapan anda adalah tepat ok...
~Selamat Mencuba~
I) PILIH BULAN KELAHIRAN ANDA:
Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar
II) PILIH NOMBOR HARI JADI ANDA:
1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan
Iii) Pilih Warna Baju Yang Anda Pakai Skrg:
Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat
Pastu korang gabung jawapan mengikut turutan….dah gabung…TADAA!~~share2 jawapan ye kt ruangan comment dibawah…. :)
kredit oleh Ahmad Sadiq
Spontaneous Thursday *3
Kuatkan diri ini untuk menempuh dugaan di sem 5!!
Spontaneous Thursday *2
Al-Fatihah kepada pengarah PSIS.........Amin.
Wednesday, June 29, 2011
Pemergian pengarah PSIS kembali kerahmatullah
Assalamualaikum...
Dukacita Dimaklumkan Bahawa Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah, En Dzulkifli Bin Ismail Telah Menghembuskan Nafas Terakhir Beliau Di Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam, Selangor Kira-kira Jam 11.10pagi tadi... Sama-samalah kita Sedekahkan Al-Fatihah Keatas Roh Beliau Semoga Beliau Ditempatkan Dikalangan Orang-orang Yang Beriman...Takziah diucapkan kepada keluaga Allahyarham.
Hari ini aku dikejutkan dengan berita tentang pemergian pengarah PSIS yg merangkap pengarah aku sendiri dimana tempat aku sedang menuntut ilmu sekarang... Sama-samalah kita bebanyak sedekahkan al-fatihah kepada arwah...semoga roh beliau di tempatkan golongan orang yang beriman....Sebenarnya aku sedih jugak atas pemergiaan arwah..tp ALLAH lebih menyayangi beliau...Yang telah pergi kita redho, dan yang masih hidup teruskan perjuangan anda diatas muka bumi yang bertuah ini....yang dicipta oleh ALLAH yang maha ESA....Alhamdulillah~
Sebenarnya boleh katakan banyak la dosa aku kt arwah...nazubillah...aku alpha dengan kesilapan ku sendiri...moga arwah mahu memaafkan dosa ku dan ku tak pernah lupa untuk memohon keaampunan dari ALLAH....Sebagai manusia, kita tidak pernah alpha daripada kesilapan besar mahupon kecil...dan teruslah kita bertaubat....jadikanlah ini menjadi iktibar pada diriku mahupun kalian semua...
aku dapat berita ini bila aku baru balik dari kerja hari ini...bila aku balik dari kerje, aku terus on9 FB...itu mmg rutin harian aku..huhu...biasalah belek-belek status org lain tetiba aku terbaca status seorang lecture daripada tempat aku belajar mengatakan arwah sudah tiada....terkejut juga aku masa itu...untuk kesahihan lg aku layari laman web pon ada mengatakan perkara yg sama...Tidak lama kemudian mak aku balik daripada mesyuarat..aku terus khabarkan berita tersbut kat mak aku..dia pon terkejut gak...Petangnya itu mak aku tnyer kt kawan dia yang kerja kt PSIS tur..apa berita... Mak aku cerita balik kat aku perkara yang terjadi...Pada masa tu kawan mak aku hendak mengutip sampah(cleaner) daripada bilik pengarah..kawan mak aku tu bg la salam untuk masuk ke bilik pengarah.."Assalamualikum encik"*suara perlahan...arwah tidak menjawab.... kawan mak aku bg salam lagi..."Assalamualaikum encik"*suara agak kuat..arwah pun tidak menyahut...kawan mak aku tu bg lagi salam..."Assalamualaikum encik"*dengan nada kuat tp sopan..arwah pun tidak menyahut...makcik tersbut terus la masuk dn terus pergi tong sampah(buat kerja) makcik tu mengintai apa yg arwah sedang buat smpaikan tidak menyahut salam makcik tersbut...makcik tu mendekati meja arwah dn ternampak arwah sudah terbaring sisi kerusinya...dengan sudah tidak bernafas...makcik tersbut bergegas mendapatkan bantuan dripada yg lain....Pengumuman dibuat dan hendak mengadakan bacaansurah Yassin kerana ingat arwah sedang nazak...susur beberapa minit kemudian pengumuman dibuat pengarah sudah meninggal....dan dipahamkan arwah meninggal akibat serangan jantung...dipahamkan lg arwah mmg mengidap penyakit sakit jantung...dan jantung arwah mengunakan jantung mesin.....
lagi sekali mari sama-sama bebanyak sedekahkan al~fatihah kepada roh arwah....Amin...
Wanita ada 'radar gay'
![]() |
Sekumpulan saintis University Toronto, Kanada menyatakan, wanita memiliki naluri yang berfungsi seperti 'radar gay' untuk membantu mereka mengecam lelaki homoseks dengan hanya memandang wajahnya.
Penemuan unik itu berdasarkan tiga eksperimen melibatkan 40 wanita yang mana mereka diberikan gambar 80 lelaki mengandungi ekspresi wajah yang sama.
Para penyelidik seterusnya mendapati mereka dapat mengecam lelaki gay dan bukan gay dalam gambar-gambar itu.
Ketua kajian berkenaan, Profesor Nicholas Rule berkata, kebolehan semula jadi wanita dalam kajian itu didorong keinginan mereka untuk mencari pasangan dan memiliki anak.
"Namun, naluri wanita tidak ketara apabila dia diminta untuk mengecam kecenderungan seks wanita lain," katanya. - Agensi
Petikan diatas diambil daripada Kosmoonline.com atau klik sini untuk membaca artikal berkenaan.
Waahh!! mcm xcaya jer apa yg aku baca di artikal berkenaan...teliti betulla diorang nir sampai buat kajian itu kajian ini.... Tapi bagi aku adalah kita tak perlu memiliki syak prasangka buruk terhadap seseorang itu....klo perlu ada pon sikit-sikit saja untuk mengelakkan daripada ditipu... Tak kisah bagi pihak lelaki atau perempuan..Lgpon menurut islam perasaan perasangka buruk adalah berdosa. Bagi wanita yang mempunyai "Radar" yg mcm mner kajian di kanada dibuat, tidak salah jika anda mempuyai "Radar" yang sebegitu tetapi jangan la anda percaya seratus peratus terhadap "Radar" anda itu kerana bg aku la kan lebih baik anda mencari bukti sebelum menurutkan "Radar" anda itu... Alahaii kesiannyalah lelaki yg tidak bersalah(lelaki starigh) terkene "Radar" yang mcm tu(Lelaki homoseksual)...Oleh itu, kita lah berhati-hati menilai sesuatu sebelum mengeluarkan sesuatu keputusan ataupun tindakkan yang betul...
Wordless Wednesday *7

Wordless Wednesday *6

Tak ada kerja....hehehe

Monday, June 27, 2011
SEGMEN :: "Saya"

Saturday, June 25, 2011
Dunia blogging
Friday, June 24, 2011
Kelebihan penghulu segala hari!
Dihari yg penuh berkat ini..saya ingin berkongsi sdikit tentang kelebihan penghulu segala hari..tahukah anda apa itu penghulu segala hari terutama pada kaum ADAM??alhamdulillah kalau sudah tahu, penghulu segala hari ini adalah pada hari jumaat dimana semua kaum ADAM muslim akan menunaikan kewajiban melakukan solat jumaat di masjid yang telah diperintahkan oleh ALLA S.W.T....

----------------------------
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang
memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia
tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun,
sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin,
gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada
hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Kelebihan Solat Jumaat
----------------------------
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Malaikat Turun ke Bumi
-----------------------------
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
Kesimpulan
--------------
* Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu
dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
* Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut
mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu
seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di
dalam buku kehadiran malaikat.
* Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu
dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
Thursday, June 23, 2011
Spontaneous Thurday *1
hari ni aku demam...! tak sedap badan.....GGrrrrrrrrrrr
SEGMEN : Aku Seorang Blogger

- Sebab yang pertama mengapa aku seorang Blogger ialah aku ingin menjadikan Blogspot sebagai Platform aku untuk lebih mahir dalam bidang IT kerana aku sekarang dalam Diploma In Programming dimana didalam Blog terdapat koding-koding yang membolehkan aku untuk bermain-main dengannya..hahaha
- Sebab yang kedua mengapa aku seorang Blogger ialah, kali nier sebab yang biasa-biasa orang akan sebut iaitu untuk mengisi masa lapang dengan membaca entry-entry blog orang lain.
- Sebab yang ketiga mengapa aku seorang Blogger ialah dimana aku ingin menambah kawan bak kata pepatah "biar kawan seribu"kan tak kira kawan secara maya atau real..huhu
- Sebab yang keempat mengapa aku seorang Blogger ialah untuk menimba ilmu pengetahuan dengan membaca Blog Genre ilmu..kan banyak blog yang mempunyai pengetahuan-pengetahuan secara am. So selain buku dalam blog pon boleh dijadikan sebagai penimba ilmu selagi tidak sialah gunakan....huhu
- Sebab yang kelima mengapa aku seorang Blogger ialah......jap blur dh otak nk memikir lak...huhuhu..ha!! sebab nak jadi femous kot mcm Syafiq Rosli(RS) , Ben Ashaari , Nisa Kay , Hanis Zalikha dan lain-lain lagi la..mengelabah tak aku??hahahha.









