Thursday, June 30, 2011

Rahsia bulan kelahiran anda.


Assalamualaikum....

korang try la ramalan kt bwah nier...alaaa..ini bukannya ramalan yang mensyirikkan pon..just suka-suka jer...senang sahaja..just buat pilihan secara mengikut turutan jer...tapi..pastikan jawapan anda adalah tepat ok...

~Selamat Mencuba~


I) PILIH BULAN KELAHIRAN ANDA:

Januari - Aku cinta

Februari - Aku gigit

Mac - Aku belasah

April - Aku peluk

Mei - Aku terhantuk

Jun - Aku terkentut depan

Julai - Aku menari dengan

Ogos - Aku pergi dating dengan

September - Aku lambai dekat

Oktober - Aku muntah depan

November - Aku jerit dekat

Disember - Aku terlanggar



II) PILIH NOMBOR HARI JADI ANDA:

1 - Mak aku

2 - Komputer aku

3 - Liverpool

4 - Garfield

5 - Musuh dalam selimut aku

6 - Gangster

7 - Handphone aku

8 - Gerrard

9 - Driver Bas

10 - Semut

11- Kawan baik aku

12 - Polis

13 - Taik kucing

14 - Patung barbie

15 - Lee Chong Wei

16 - Mak Mertua aku

17 - Mak tiri aku

18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku

19 - Makcik kantin

20 - Sharifah Amani

21 - Upin dan

22 - Siti Nurhaliza

23 - Spongebob

24 - Cristiano Ronaldo

25 - Bapuk/Maknyah

26 - Kawan aku

27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia

28 - Jiran aku

29 - Orang gila

30 - Taylor swift

31 - Awek cun/ Jejaka tampan



Iii) Pilih Warna Baju Yang Anda Pakai Skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem

Hitam - Sebab aku gila

Pink - Sebab aku suka single

Merah - Sebab mak aku suruh

Biru - Sebab aku tak tahan

Hijau - Sebab aku baik hati

Ungu - Sebab aku cemburu

Kelabu - Sebab bomoh suruh

Kuning - Sebab suka hati aku la

Oren - Sebab aku baru putus cinta

Coklat - Sebab aku tak tentu arah

Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat


Pastu korang gabung jawapan mengikut turutan….dah gabung…TADAA!~~share2 jawapan ye kt ruangan comment dibawah…. :)


kredit oleh Ahmad Sadiq

Spontaneous Thursday *3

Assalamualaikum....

Sebagai penutup Spontaneous Thursday untuk minggu ini ialah:


Kuatkan diri ini untuk menempuh dugaan di sem 5!!

Spontaneous Thursday *2

Assalamualaikum....

Untuk minggu ini Spontaneous Thursday aku yang merupakan kedua ialah:



Al-Fatihah kepada pengarah PSIS.........Amin.




Wednesday, June 29, 2011

Pemergian pengarah PSIS kembali kerahmatullah


Assalamualaikum...

Dukacita Dimaklumkan Bahawa Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah, En Dzulkifli Bin Ismail Telah Menghembuskan Nafas Terakhir Beliau Di Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam, Selangor Kira-kira Jam 11.10pagi tadi... Sama-samalah kita Sedekahkan Al-Fatihah Keatas Roh Beliau Semoga Beliau Ditempatkan Dikalangan Orang-orang Yang Beriman...


Takziah diucapkan kepada keluaga Allahyarham.


Hari ini aku dikejutkan dengan berita tentang pemergian pengarah PSIS yg merangkap pengarah aku sendiri dimana tempat aku sedang menuntut ilmu sekarang... Sama-samalah kita bebanyak sedekahkan al-fatihah kepada arwah...semoga roh beliau di tempatkan golongan orang yang beriman....Sebenarnya aku sedih jugak atas pemergiaan arwah..tp ALLAH lebih menyayangi beliau...Yang telah pergi kita redho, dan yang masih hidup teruskan perjuangan anda diatas muka bumi yang bertuah ini....yang dicipta oleh ALLAH yang maha ESA....Alhamdulillah~

Sebenarnya boleh katakan banyak la dosa aku kt arwah...nazubillah...aku alpha dengan kesilapan ku sendiri...moga arwah mahu memaafkan dosa ku dan ku tak pernah lupa untuk memohon keaampunan dari ALLAH....Sebagai manusia, kita tidak pernah alpha daripada kesilapan besar mahupon kecil...dan teruslah kita bertaubat....jadikanlah ini menjadi iktibar pada diriku mahupun kalian semua...

aku dapat berita ini bila aku baru balik dari kerja hari ini...bila aku balik dari kerje, aku terus on9 FB...itu mmg rutin harian aku..huhu...biasalah belek-belek status org lain tetiba aku terbaca status seorang lecture daripada tempat aku belajar mengatakan arwah sudah tiada....terkejut juga aku masa itu...untuk kesahihan lg aku layari laman web pon ada mengatakan perkara yg sama...Tidak lama kemudian mak aku balik daripada mesyuarat..aku terus khabarkan berita tersbut kat mak aku..dia pon terkejut gak...Petangnya itu mak aku tnyer kt kawan dia yang kerja kt PSIS tur..apa berita... Mak aku cerita balik kat aku perkara yang terjadi...Pada masa tu kawan mak aku hendak mengutip sampah(cleaner) daripada bilik pengarah..kawan mak aku tu bg la salam untuk masuk ke bilik pengarah.."Assalamualikum encik"*suara perlahan...arwah tidak menjawab.... kawan mak aku bg salam lagi..."Assalamualaikum encik"*suara agak kuat..arwah pun tidak menyahut...kawan mak aku tu bg lagi salam..."Assalamualaikum encik"*dengan nada kuat tp sopan..arwah pun tidak menyahut...makcik tersbut terus la masuk dn terus pergi tong sampah(buat kerja) makcik tu mengintai apa yg arwah sedang buat smpaikan tidak menyahut salam makcik tersbut...makcik tu mendekati meja arwah dn ternampak arwah sudah terbaring sisi kerusinya...dengan sudah tidak bernafas...makcik tersbut bergegas mendapatkan bantuan dripada yg lain....Pengumuman dibuat dan hendak mengadakan bacaansurah Yassin kerana ingat arwah sedang nazak...susur beberapa minit kemudian pengumuman dibuat pengarah sudah meninggal....dan dipahamkan arwah meninggal akibat serangan jantung...dipahamkan lg arwah mmg mengidap penyakit sakit jantung...dan jantung arwah mengunakan jantung mesin.....


lagi sekali mari sama-sama bebanyak sedekahkan al~fatihah kepada roh arwah....Amin...



Wanita ada 'radar gay'

Assalamualaikum....


Bernama:
TORONTO, Kanada - Sekiranya seorang wanita berkata, dia boleh mengecam lelaki gay dengan hanya memandangnya, dakwaan tersebut sememangnya benar, lapor sebuah akhbar semalam.
Kebolehan tersebut, kata mereka, paling kuat apabila wanita berada dalam fasa subur dan teruja untuk melakukan hubungan intim.

Sekumpulan saintis University Toronto, Kanada menyatakan, wanita memiliki naluri yang berfungsi seperti 'radar gay' untuk membantu mereka mengecam lelaki homoseks dengan hanya memandang wajahnya.

Penemuan unik itu berdasarkan tiga eksperimen melibatkan 40 wanita yang mana mereka diberikan gambar 80 lelaki mengandungi ekspresi wajah yang sama.

Para penyelidik seterusnya mendapati mereka dapat mengecam lelaki gay dan bukan gay dalam gambar-gambar itu.

Ketua kajian berkenaan, Profesor Nicholas Rule berkata, kebolehan semula jadi wanita dalam kajian itu didorong keinginan mereka untuk mencari pasangan dan memiliki anak.

"Namun, naluri wanita tidak ketara apabila dia diminta untuk mengecam kecenderungan seks wanita lain," katanya. - Agensi


Petikan diatas diambil daripada Kosmoonline.com atau klik sini untuk membaca artikal berkenaan.

Waahh!! mcm xcaya jer apa yg aku baca di artikal berkenaan...teliti betulla diorang nir sampai buat kajian itu kajian ini.... Tapi bagi aku adalah kita tak perlu memiliki syak prasangka buruk terhadap seseorang itu....klo perlu ada pon sikit-sikit saja untuk mengelakkan daripada ditipu... Tak kisah bagi pihak lelaki atau perempuan..Lgpon menurut islam perasaan perasangka buruk adalah berdosa. Bagi wanita yang mempunyai "Radar" yg mcm mner kajian di kanada dibuat, tidak salah jika anda mempuyai "Radar" yang sebegitu tetapi jangan la anda percaya seratus peratus terhadap "Radar" anda itu kerana bg aku la kan lebih baik anda mencari bukti sebelum menurutkan "Radar" anda itu... Alahaii kesiannyalah lelaki yg tidak bersalah(lelaki starigh) terkene "Radar" yang mcm tu(Lelaki homoseksual)...Oleh itu, kita lah berhati-hati menilai sesuatu sebelum mengeluarkan sesuatu keputusan ataupun tindakkan yang betul...


Wordless Wednesday *7

Assalamualaikum....

Wordless Wednesday sebagai santapan tengah hari ini......





Wordless Wednesday *6

Assalamualaikum...

Sebagai pembuka wordless wednesday untuk minggu ini...






Tak ada kerja....hehehe




Assalamualaikum...

aku pon nk join gk bloglist epy....sjer jer xder kerje...mmg sesuai denga tajuk entry...hahaha
10lelaki - 10 wanita hanya diperlukan sahaja!!!
*update terbaru kuata perempuan dh abes..cuba lain kali ok...huhu...
bogger lelaki nk join klik sini...cepat!!

Monday, June 27, 2011

SEGMEN :: "Saya"


Assalamualaikum.....


Pertama kali join SEGMEN dengan artis Blogger: nak join klik SAYA!!
santaaaiiiiiii~~!
(:

Saturday, June 25, 2011

Dunia blogging

Assalamualaikum....


Syukur alhamdulillah....kini aku still bergiat aktif lg dalam dunia blogging nier..walaupon tidak berapa aktif sangat just hanya untuk mengisi masa hadapan dan menghilang tension dengan membaca entry2 para blogger di malaysia...ada jenis blog yg genre lawak, genre gosip, genre motivasi, genre ilmu dan ada juga yang genre personal..tp untuk aku sebagai blogger, aku punye blog nier genre semua balun...hahaha...tp no copy cat..just kekadang der yg share2 untuk para pembaca yang datang ke blog aku...huhu.. Ha..!! baru-baru nier aku ada terjumpa satu blogger boy..dia nier bleh katakan otai la gak dalam dunia blog nier..tgk la followers dia..beriban-riban!(ayat dia)..huhu....pastu page view dia pon beriban riban gak...mestilla..org dah otai...ha lupa nk bagi tahu..nama nick name dia SR a.k.a Syafiq Rosli...glomour gitu nama dia...huhu....hampir kesuluruhan entry dia aku dah baca...follow pon aku dh...biasala...kner belajar daripada orang yg jauh berpegalaman nier kn...der sesetengah enrty SR nier membuatkan aku lebih berminat dgan dunia blog nier..xkesahla kalau xdapat jd femous pon...huhu. kalau korang nk berkenalan lebih dengan otai blogger yang aku maksudkan td boleh la add dia di facebook SYAFIQ ROSLI atau ke blog SANDIWARA SEORANG INSAN.. nk thu tak??dlm list followers aku der gak nama yang sama dengan SR nier...nama dia pon Syafiq Rosli tp nama penuh dia Muhammad Syafiq Rosli..huhu..kembar pada nama..huhu..errhhmm syafiq member aku nier pon otai gak dalam dunia blogging nier..aku slalu gak baca entry dia yg kelakar-kelakar..kalau korang semua nak berkenalan dengan Syafiq Rosli yang lagi sorang ni boleh la add di Facebook MUHAMMAD SYAFIQ dan page LIKE Blog Muhammad Syafiq atau ke Blog BUKAN SEKADAR BLOG PICISAN...











Friday, June 24, 2011

Kelebihan penghulu segala hari!

Assalamualaikum...

Dihari yg penuh berkat ini..saya ingin berkongsi sdikit tentang kelebihan penghulu segala hari..tahukah anda apa itu penghulu segala hari terutama pada kaum ADAM??alhamdulillah kalau sudah tahu, penghulu segala hari ini adalah pada hari jumaat dimana semua kaum ADAM muslim akan menunaikan kewajiban melakukan solat jumaat di masjid yang telah diperintahkan oleh ALLA S.W.T....




Kelebihan Hari Jumaat
----------------------------

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang
memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia
tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun,
sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin,
gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada
hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)


Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).


Kelebihan Solat Jumaat
----------------------------

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.


Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.


Malaikat Turun ke Bumi
-----------------------------

Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.


Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”


Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”


Kesimpulan
--------------

* Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu
dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
* Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut
mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu
seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di
dalam buku kehadiran malaikat.
* Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu
dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.




P/S Ayuuhhla kaum adam muslim sekalian.tinngalkan segala urusan anda marilah kita menyeru suruhan ALLAH yang maha ESA....:)

Thursday, June 23, 2011

Spontaneous Thurday *1

Assalamualaikum...


ini kali pertama aku join SPONTANEOUS THURSDAY! thu tak apa itu spontaneous thursday??
klo nk thu lebih lanjut tentang perkara tersebut klik disini untuk lebih lanjut dengan pakar syafiqrosli...
Untuk spontaneous thursday aku yang pertama:




hari ni aku demam...! tak sedap badan.....GGrrrrrrrrrrr



mood:fever!



SEGMEN : Aku Seorang Blogger













Assalamualaikum...
Sebenarnya ini kali pertama aku join SEGMEN Blog....mcm nier rupanya segmen-segmen yang terdapat kat blog..segmen terpulang kepada individu yang menganjurkan...Segmen yang aku join kali ni adalah untuk menyenaraikan 5 sebab "Aku Seorang Blogger.." klo nk tahu lebih lanjut bolehlah klik kt banner tur ataupun disini.
  • Sebab yang pertama mengapa aku seorang Blogger ialah aku ingin menjadikan Blogspot sebagai Platform aku untuk lebih mahir dalam bidang IT kerana aku sekarang dalam Diploma In Programming dimana didalam Blog terdapat koding-koding yang membolehkan aku untuk bermain-main dengannya..hahaha
  • Sebab yang kedua mengapa aku seorang Blogger ialah, kali nier sebab yang biasa-biasa orang akan sebut iaitu untuk mengisi masa lapang dengan membaca entry-entry blog orang lain.
  • Sebab yang ketiga mengapa aku seorang Blogger ialah dimana aku ingin menambah kawan bak kata pepatah "biar kawan seribu"kan tak kira kawan secara maya atau real..huhu
  • Sebab yang keempat mengapa aku seorang Blogger ialah untuk menimba ilmu pengetahuan dengan membaca Blog Genre ilmu..kan banyak blog yang mempunyai pengetahuan-pengetahuan secara am. So selain buku dalam blog pon boleh dijadikan sebagai penimba ilmu selagi tidak sialah gunakan....huhu
  • Sebab yang kelima mengapa aku seorang Blogger ialah......jap blur dh otak nk memikir lak...huhuhu..ha!! sebab nak jadi femous kot mcm Syafiq Rosli(RS) , Ben Ashaari , Nisa Kay , Hanis Zalikha dan lain-lain lagi la..mengelabah tak aku??hahahha.

Sekian........................

Layarilah:

Tuesday, June 21, 2011

Dunia internet akan berubah

Assalamualaikum...


Agensi kawal selia alamat laman sesawang Internet semalam bersetuju mengubah sistem penamaan laman itu dengan membenarkan penggunaan perkataan biasa seperti epal atau oren untuk menggantikan ‘.com’ atau ‘.gov’.Perbadanan Internet Pemberi Hak Nama dan Nombor (ICANN) mengumumkan pembukaan alamat Internet itu akan membolehkan pengguna menghasilkan laman sesawang dengan alamat dalam apa jua bahasa dan skrip.

“ICANN membuka sistem penamaan Internet untuk memberikan kebebasan kepada orang ramai,” menurut badan antarabangsa itu selepas mesyuarat lembaga pengarahnya di Singapura, semalam.

Menurut ICANN, permohonan untuk alamat baru laman sesawang Internet akan mula dibuka bermula 12 Januari tahun depan.Pemerhati menjangka syarikat besar dan bandar akan menjadi pemohon pertama alamat baru itu yang bakal menyaksikan alamat internet berakhir dengan nama jenama seperti ‘.toyota’, ‘.apple’ atau ‘.newyork’.Pada masa ini, hanya 22 jenis nama generik bertahap tinggi (gTLD) wujud seperti ‘.com’, ‘.org’ dan ‘.info’ serta 250 alamat untuk negara termasuk ‘.uk’ dan ‘.cn’.


Sumber bernama daripada sinarharian.

Friday, June 17, 2011

Perhatian kepada pengguna blogger muslim!


Assalamualaikum....

Pengumuman kepada semua blogger muslim ( terutamanya yang menggunakan domain blogspot ). Mari kita buat satu eksperimen. Cuba buangkan huruf ‘s’ yang terdapat pada URL anda masing – masing dari Blogspot kepada Blogpot ( contoh : carnine9.blogspot.com menjadi ke carnine9.blogpot.com ) maka akan terpaparlah ini :

LAMAN PENGAJIAN BIBLE TERBESAR DI DUNIA
DENGAN PENGARUH JEWISH DAN YAHUDI ISRAEL !

URL kita telah dimanipulasi ?

Bukan nak suruh anda semua dok ngaji benda ni tapi saya nak beri peringatan kepada semua kawan – kawan blogger muslim yang saya sayangi ini, pastikan URL yang anda tinggalkan kat mana – mana, tak kiralah kat ruangan komen ke, kat chatbox ( Shoutmix @ CBOX ), lama Chat, Facebook, Twitter dan sebagainya adalah tepat ! Sebab semua ini adalah satu agenda permainan kaum Yahudi untuk menyesatkan umat2 Islam seluruh dunia.

* Berwaspadalah wahai umat Islam dengan kaum2 Yahudi Laknatullah dan yang pasti , Islam itu adalah benar.

Tuesday, June 14, 2011

ketahuila wahai kaum lelaki!

Assalamualaikum...


Di zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang sahabat yang berjanggut nipis atau jarang-jarang sekadar sehelai dua. Semasa beliau mengambil wuduk untuk bersembahyang di masjid, Rasulullah tersenyum dan memalingkan mukanya.

Sahabat itu pun merasa hairan dan dia menyangka Rasulullah s.a.w. senyum kerana janggutnya yang nipis itu dan memalingkan mukanya kerana tidak suka kepada janggutnya yang jarang itu.

Keesokkan harinya sahabat lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya. Apabila terserempak dengan Rasulullah s.a.w, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah tidak memandang langsung kepada lelaki tersebut…

Bertambah hairanlah beliau lalu diajukan pertanyaan kepada Baginda…

“Wahai Rasulullah mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini?”

Lalu Baginda menjawab..

” Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu tidak ada lagi malaikat yang menunggu di janggutmu wahai sahabat”…..


Disini juga kita dapat rujukan dan fahaman tentang hukum membela janggut dan misai.

Berdasarkan kepada mazhab-mazhab yang kita ketahui
Hanbali & Maliki: Haram
Hanafi : Makruh Tahrim
Syafi'iy : Makruh (Qadhi 'Iyadh (fuqaha' Syafi'iy)


عَنِ ابْنِ عُمَرٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ. رواه احمد وأبو داود والطبراني
"Dari Ibn Umar radiallahu ‘anhu berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: Sesiapa yang menyerupai satu satu kaum, maka ia telah menjadi golongan mereka". (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan at-Thabrani)

عَنْ أبِي هُرَيْرَةَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِنَّ أهْلَ الشِّرْكَ يَعفُونَ شَوَارِبَهُمْ وَيَحفُونَ لِحَاهُمْ فَخَالِفُواهُمْ فَاعْفُوا اللِّحَى وَاحْفُوا الشَّوَارِبَ. رواه البزار
"Dari Abi Hurairah radiallahu ‘anhu: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Bahawasanya ahli syirik memelihara misainya dan memotong janggutnya, maka janganlah meniru mereka, peliharalah janggut kamu dan potonglah misai kamu". (Hadis Riwayat al-Bazzar)

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : خَالِفُوا الْمَجُوسَ لاَنَّهُمْ كَانُوْا يُقصِرُوْنَ لِحَاهُمْ وَيُطَوِّلُوْنَ الشَّوَارِبَ. رواه المسلم
"Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka". (Hadis Riwayat Muslim)

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : وَاحْفُوْا الشَّوَارِبَ وَاعْفُوْا اللِّحَى. وفِى رِوَايَةٍ : وَانْهَكُوا الشَّوَارِبَ وَاعْفُوا اللِّحَي. رواه البخاري
"Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu. Di riwayat yang lain pula: Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu". (Hadis Riwayat Bukhari. Lihat: Silsilah al-Ahadis as-Sahihah. 208)

عَنْ أبِيْ هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهَ وَسَلَّمَ: مِنْ فِطْرَةِ الاِسْلاَمِ اَخْذ الشَّوَارِبَ وَاِعْفَاء اللِّحَي فَاِنَّ الْمَجُوْسَ تحَفى شَوَارِبَهَاوَتحْفِى لِـحَاهَا فَخَالِفُواهُمْ خُذُوا شَوَارِبَكُمْ وَاعْفُوالِحَاكُمْ. رواه ابن حبان
Dari Abi Hurairah berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Di antara fitrah dalam Islam ialah memotong misai dan memelihara janggut, bahawasanya orang-orang Majusi memelihara misai mereka dan memotong janggut mereka, maka janganlah kamu menyerupai mereka, hendaklah kamu potong misai kamu dan peliharalah janggut kamu". (Hadis Riwayat Ibn Hibban)

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرٍ قَالَ : ذُكِرَ لِرَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَجُوْس فَقَالَ : اِنَّهُمْ يُوَفِّرُوْنَ سِبَالَهُمْ وَيُحْلِقُوْنَ لِحَاهُمْ فَخَالِفُوْهُمْ. رواه البيهقي
"Dari Abdullah bin Umar berkata: Pernah disebut kepada Rasulullah salllalahu ‘alaihi wa-sallam seorang Majusi maka beliau bersabda: Mereka (orang-orang Majusi) memelihara misai mereka dan mencukur janggut mereka, maka (janganlah menyerupai cara mereka) tinggalkan cara mereka". (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

عَنِ ابْنِ عُمَرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : اُمِرْنَا بِاِعْفَاءِ اللِّحْيَةَ. رواه مسلم
"Dari Ibn Umar radiallahu ‘anhuma berkata: Kami telah diperintahkan supaya memelihara janggut". (Hadis Riwayat Muslim)

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ تَشَبَّهُوْا بِاْلاَعَاجِمِ ، اَعْفُوْا اللِّحَى
"Dari Ibn Abbas berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Janganlah kamu meniru (menyerupai) 'Ajam (orang asing dan kafir), maka peliharalah janggut kamu". (Hadis Riwayat al-Bazzar)

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : خَالِفُوْا الْمُشْرِكِيْنَ وَفّرُوْا اللِّحَى وَاحْفُوْا الشُّوَارِبَ . رواه البخاري ومسلم والبيهقي.
"Abdullah bin Umar berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu". (Lihat: ارواء الغليل hlm. 77. Nashiruddin al-Albani. Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Al-Baihaqi)

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : عَشْرٌ مِنَ الْفِطْرَةِ وَمِنْهَا قَصُّ الشَّارِبَ وَاِعْفَاءِ اللِّحْيَة. رواه أحمد ومسلم وأبو داود والترمزي والنسائى وابن ماجه.
"Dari ‘Aisyah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Sepuluh perkara dari fitrah (dari sunnah nabi-nabi) di antaranya ialah mencukur misai dan memelihara janggut". (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, Turmizi, An-Nasaii dan Ibn Majah)


sekarang telah jelas tentang hukum membela janggut dan mencukur misai, jadi ini adalah salah satu kerugian kepada kaum hawa yang sememangnya tidak dapat membela janggut kerana ianya melanggar hukum alam, jadi kelebihan ini perlulah digunakan sebaiknya oleh kaum adam yang berbulu. Selain daripada janggut dan misai,bulu-bulu lain yang terdapat pada badan kita xdapat lah nak di bincangkan disini sebab nanti takut orang lain akan tiru design aku, takat yang nampak nyata jer leh wat post... yang lain kene lah simpan sendiri....huhu

Monday, June 13, 2011

Mengapa si perempuan tu mengelurkan nanah dari kemaluannya lalu diberikan kepada seorang lelaki??

Assalamualaikum....

( Luangkan masa utk membaca kawan2 sahabat2 sekalian…sekejap jerk..mOga mendapat ikhtibar dan manfaatnya..)

Kisah di neraka..naudzubillah…


Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali ...dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”

Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya menutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung meskipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.

Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya dia bertelanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.

Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.

Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan,

“Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”

Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.

“Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”

Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.

“Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”

Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

“Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”

Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.

Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?

Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

“Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah.Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama,mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.

Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.

Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.

Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.

Na’uzubillah, Ajirna minannar.

Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?

“Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"

Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga LALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH,”

p/s : m0ga mendapat iktibar dari kisah ini..pesanan buat sahabat-sahabat, juga buat diri sendiri..Nauzubillah..kami berlindung hanya padaMU ya ALLAH..

kisah nama kampung halaman aku

Assalamualaikum..

Entry kali ni aku nk kongsi sejarah kampung halaman aku.. Tempat aku dilahirkan. Tempat aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Tempat aku di didik menjadi manusia....eeh2....lebeh2 lak aku nier..hehehe...mesti korang nak tahu kan per nama kampung aku nier, tp sapa yang tahu buat derrkk jer ok. Nama kampung aku kampung sungai apong. Ha!!??? kenapa pelik sangat nama kampung tur..per yang terapung?emas terapung ker?masjid terapung ker?sungainya terapung ker..mesti itu persoalan yang terlantas di pikiran korang kn..?? baik ngaku jer...hehehe.. der kisah di sebalik nama itu....
kalau korang nk lebeh lanjut..baca info kat bawah nier....


Info:

Nama Kampung Sungai Apong mengambil sempena daripada kedudukannya yang berhampiran dengan pantai yang kerapkali ditenggelami air. Selain itu, menurut cerita orang-orang tua, kampung ini mendapat nama sempena dengan terjadinya peristiwa di mana sebuah kapal Jepun yang ditinggalkan terapung-apung di muara sungai sewaktu Perang Dunia Kedua.

Masjid al-rahman kg sg apong

Kampung ini terletak di penghujung Utara negeri Selangor Darul Ehsan, bersempadan dengan Kampung Teluk Rhu di sebelah Timur, Laut China Selatan dan Kuala Sungai Bernam di sebelah Barat, Kampung Teluk Belanga dan Kampung Parit Baharu di sebelah Selatan. Jarak kampung ini dari pusat pentadbiran daerah Sabak Bernam, di Sungai Besar ialah 25 kilometer dan Bandar terdekat ialah Pekan Sabak sejauh 15 kilometer.

Haaaa!! dah abes baca?? tur la pasal nama kampung aku mcm nier. hehehe.....tp sampai sekarang aku xnampak pon bangkai kapal tentera jepun tur...dh kner bom kot masa perang kedua tur..hahaha. kedudukan pon kt penghujung utara negeri.. patotla ramai sangat budak-budak poli nier merungut, tension..kononnya xbest / buhsan duduk penghujung dunia nier...hehehe. tp apa pun ini la kampung aku..!

Sunday, June 12, 2011

apa pun aku xminat gn bola..haha

Assalamualaikum...


Entri kali nier nk wish tahniah kepada terenggganu kerana menang dalam game bola sepak yang menentang pasukan Kelantan(2-1)....huhuhu
per2 pon tahniah peminat terengganu...sebagai tanda penghargaan aku..aku dah sediakan lori kontena tok anta korang balik terengganu gambar yang kat atas tu...hahahah..free jer ma!!

Saturday, June 11, 2011

pesanan

Assalamualaikum Farid,Aizat,Zakwan,Zul,

Semoga sentiasa dalam kasih sayang Allah dan cemerlang di dunia dan akhirat

Mari kita berbicara tentang dunia dan bertanya tentangnya(Saya ambil dari kiriman email sahabat)

Jika kita dituntut untuk menemui jawaban yang hakiki, kita akan dituntun kepada satu jawaban bahwa ia (dunia itu) hanyalah bayangan yang tidak lama lagi akan hilang, bahkan ia hanyalah setitik air jika dibandingkan dengan lautan luas yang tidak bertepi.

Sebanyak manapun yang kita dapat di sini, di dunia ini, maka ia hanyalah bernilai setitik. Oh, tidak! bahkan mungkin kurang dari setitik.

Ini adalah kerana setitik itu adalah untuk dunia keseluruhannya, sementara kita tidak memiliki dunia keseluruhannya tetapi hanya sebahagian dari dunia ini yang sanggup kita nikmati.

Aduhai! Betapa malangnya kita jika kita sangka dunia ini telah menjadi segala-galanya. Tidak, wahai saudaraku!

Di sini, di tempat yang bernama dunia ini, tidak ada yang segala-galanya. Hanya manusia yang tidak percaya akan keabadian akhirat yang akan menjadikan dunia ini segala-galanya.

Ingatlah, dunia yang kita lihat penuh gemerlapannya ini hanyalah :

  1. Bayangan.
  2. Setitik air.
  3. Beberapa nafas.
  4. Beberapa tahun.

Dan setelah itu, kita akan memasuki gerbang keabadian. Di sana, (dengan limpahan RahmatNya padamu) hanya amalan kita yang akan menuntun kita menaiki anak-anak tangga kebahagiaan

menuju syurga yang kenikmatannya :

  1. Tidak pernah disaksikan oleh pandangan mata sesiapapun.
  2. Tidak pernah didengarkan oleh telinga sesiapapun jua.
  3. Tidak pernah terdetik dalam fikiran dan hati makhluk manapun.

Namun, di sinilah, di tempat yang bernama dunia inilah kita menyemainya. Dunia ini adalah ladang akhirat kita Di sinilah sumber kebahagiaan dan keberuntungan kita di akhirat.

Hanya di sini kita diizinkan olehNya untuk mengumpulkan bekalan yang menguntungkan kita di sana. Di sinilah arena dan gelanggang para ‘muttaqin’, ‘shiddiqin’ dan ‘syuhada’’ berlumba menuju ampunan Rabb mereka.

Jika kita ingin tahu, hakikatnya dunia inilah yang sentiasa menjadi angan-angan para penduduk Syurga dan para penghuni Neraka.

Allah swt menceritakan tentang penghuni Neraka :

“Dan jika kamu (Muhammad) melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka, lalu mereka berkata : “Kiranya kami dikembalikan (ke dunia) dan tidak mendustakan ayat-ayat Tuhan kami serta menjadi orang-orang yang beriman”, (tentulah engkau –Muhammad- akan melihat suatu peristiwa yang memilukan.” (QS Al An’aam : 27)

Dalam ayat lain firman Allah swt :

“Dan mereka (para penghuni neraka) itu berteriak di dalam neraka itu : “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami (ke dunia), niscaya kami akan mengerjakan amal yang soleh berbeza dengan dahulu telah kami kerjakan.” (QS Faathir : 37)

Angan-angan yang sia-sia belaka…

Hari-hari dunia adalah hari-hari amal, BUKAN perhitungan dan pembalasan.

Hari-hari akhirat adalah hari-hari perhitungan dan pembalasan, BUKAN amal.

Tentang penghuni syurga yang mengangankan dunia, ‘Abdullah bin Mas’ud ra meriwayatkan :

“ Sesungguhnya para syuhada’ itu bagaikan burung-burung hijau yang lepas bebas di syurga ke mana sahaja ia mahu. Kemudian ia akan kembali pada pelita-pelita yang bergantungan di ‘arsy. Dan ketika mereka berada dalam keadaan seperti itu, muncullah Rabb mereka di hadapan mereka seraya berkata : “Wahai hamba-hambaKu, mintalah kepadaKu apa sahaja yang kamu inginkan !”. Mereka pun berkata : “Wahai Rabb kami ! Kami meminta padaMu agar Engkau mengembalikan ruh kami ke dalam jasad kami, lalu Engkau kembalikan kami ke dunia hingga kami dibunuh sekali lagi di sana (di jalanMu).” Maka tatkala Allah melihat bahwa mereka tidak meminta selain hal itu, Dia pun meninggalkan mereka.” ( HR Muslim)

Allah telah mengetahui bahwa mereka, iaitu para syuhada’ akan meminta untuk dikembalikan sekali lagi ke dunia dan bahwa mereka tidak akan dikembalikan ke dunia.

Namun Allah swt hendak memberitahukan kepada orang-orang mu’min yang masih hidup di dunia bahwa kelak cita-cita mereka di syurga adalah mati terbunuh di jalanNya. Ini tidak lain agar mereka semakin terdorong untuk meraih kenikmatan itu.

Sungguh jauh perbezaan antara kedua angan-angan itu. Sama-sama berangan untuk kembali ke dunia demi melakukan amal soleh. Namun yang satu kerana merasakan dahsyatnya siksa neraka, sementara yang lain kerana telah merasakan nikmat yang tiada bandingannya.

Seorang salaf bernama Ibrahim At Taimy rahimahullah pernah mengatakan :

“Aku membayangkan diriku berada di dalam syurga ;

  1. Memakan buah-buahnya.
  2. Memeluk bidadari-bidadarinya yang perawan.
  3. Menikmati segala kenikmatannya.

Lalu aku berkata kepada diriku sendiri :

“Wahai diriku ! Apa sesungguhnya yang engkau angan-angankan saat ini ??”.

Ia menjawab :

“Aku mengangankan untuk dikembalikan ke dunia agar aku dapat menambah amal-amal yang menyebabkan aku mendapatkan semua nikmat ini.”

Lalu aku membayangkan diriku di dalam neraka :

  1. Dibakar dengan apinya yang menyala-nyala.
  2. Dipaksa untuk meminum air ‘hamim’ nya yang dipenuhi darah dan nanah.
  3. Dipaksa makan buah zaqqumnya yang menjijikkan.

Maka aku berkata pada diriku sendiri :

“Apakah yang engkau inginkan saat ini ??”

Ia menjawab :

“Aku ingin dikembalikan ke dunia lagi agar aku dapat mengerjakan amalan yang dapat menyelamatkan aku dari siksaan yang mengerikan ini.” (Setelah membayangkan itu semua), akupun berkata pada diriku sendiri : “Wahai diriku ! Engkau telah mendapatkan angan-anganmu itu. (Kini engkau masih berada di dunia), maka segeralah beramal !”.

Bahkan ada seorang ulama salaf yang pernah menggali lubang kubur untuk dirinya sendiri. Semasa ia mengalami dan merasakan kejemuan dalam beramal, ia pun turun ke dalam lubang itu.

Di sana ia menlunjurkan tubuhnya lalu berkata :

“Wahai diriku ! Anggaplah sekarang ini engkau telah mati dan telah berada dalam liang lahadmu, apakah yang engkau inginkan ?”.

Maka ia pun menjawab :

“Aku ingin dikembalikan lagi ke dunia agar aku dapat beramal soleh.”

Ia lalu mengatakan kepada dirinya sendiri :

“Sekarang engkau telah mendapatkan apa yang engkau inginkan. (Engkau sekarang masih hidup di dunia). Bangunlah dan kerjakanlah amal soleh itu !”.

Demikianlah sahabatku, jika engkau mengetahui tentang para penghuni kubur itu, engkau akan tahu apa yang sentiasa mereka angan-angankan :

  1. Mereka sentiasa berangan untuk dapat bertasbih sepertimana yang engkau lakukan saat ini, walaupun hanya sekali sahaja.
  2. Mereka akan irihati melihatmu tegak mengerjakan solat.

Aduhai! Andainya kami dapat mengerjakannya walau hanya satu rakaat sahaja, begitulah kata mereka.

Jika dahulu di dunia mereka adalah pemilik kekayaan yang melimpah ruah, maka di sana, di alam kubur itu, mereka berharap dapat bersedekah meskipun hanya seringgit dua ringgit. Yang penting ada tambahan catatan kebajikan di sisi Allah. Ya!, jika engkau berada di tempat itu, seperti itulah angan-anganmu sepanjang waktu.

Ibn Qudamah rahimahullah meriwayatkan dalam wasiatnya bahwa suatu ketika ada seorang laki-laki yang mengerjakan solat dua rakaat di sebelah sebuah kubur. Selepas itu ia bersandar hingga tertidur.

Di dalam tidurnya ia bermimpi seperti melihat penghuni kubur itu berkata kepadanya :

“Jauhlah dirimu dariku !! Engkau telah menyakitiku. Demi Allah, sungguh dua rakaat yang engkau kerjakan itu jika sahaja aku yang mengerjakannya, maka ia jauh lebih aku sukai daripada dunia beserta isinya. Sungguh, kamu yang masih hidup ini sentiasa beramal tapi sama sekali tidak mengetahui hakikat kematian ini. Tapi kami, kami telah mengetahuinya namun kami tidak dapat lagi mengerjakan amalan apapun.”

INGATLAH, SAUDARAKU…

Sedarlah bahwa :

  1. Masa hidup kita sungguh terbatas.
  2. Nafas kita hanya berbilang.
  3. Setiap tarikan dan hembusan nafas tidak lebih dari sebuah petanda bahwa usia kita di dunia telah berkurang.

Sungguh sangat singkat usia dunia kita ini. Oleh yang demikian, setiap bahagian waktu bahkan setiap bahagian terkecilnya adalah permata yang tidak ternilai dan tiada bandingannnya.

Ingatlah bahwa dengan kehidupan yang singkat ini akan menukarkannya kepada sebuah kehidupan yang abadi :

  1. Abadi dalam kenikmatan.
  2. Abadi dalam azab yang pedih.

Jika kita cuba membandingkan kehidupan ini dengan kehidupan akhirat, akan sedarlah kita bahwa setiap nafas itu mempunyai harga yang lebih besar daripada waktu beribu-ribu tahun di akhirat ; entah semua itu dalam kenikmatan yang tidak berbatas atau sebaliknya.

Oleh kerana itu :

  1. Jangan persiakan permata umurmu tanpa melakukan suatu amalan.
  2. Jangan engkau biarkan ia pergi tanpa mendapatkan balasan yang setimpal.

Bersungguh-sungguhlah agar setiap tarikan nafasmu tidak pernah kosong dari kesolehan dan taqarrub kepadaNya.

Namun dalam banyak hal, jika engkau kehilangan sebutir permata duniamu, betapa sedihnya hatimu.

Tapi :

  1. Bagaimana jika yang hilang adalah permata akhiratmu?
  2. Bagaimana mungkin engkau sanggup menyia-nyiakan dan membuang waktumu begitu sahaja?
  3. Bagaimana mungkin engkau ‘tenang-tenang’ sahaja, padahal semakin banyak jejak-jejak usiamu di dunia ini yang terhapus?

Bayangkanlah jeritan penyesalan para penghuni kubur dan neraka itu. Air mata darah sekalipun tidak memberi mereka jalan untuk kembali ke dunia.

Wahai sahabatku, kini, aku dan kau masih di sini. Ya, masih di dunia fana ini. Tempat kita menyemai tanaman akhirat. Maka marilah kita segera beramal!

Ya Allah, janganlah Engkau jadikan dunia yang kami diami ini sebagai kecintaan kami kerana sesungguhnya ia hanyalah ujian dariMu dan merupakan sebuah tipuan yang melalaikan. Sangkutkanlah hati kami kepada akhiratMu sehingga kami akan lebih bertenaga untuk melaksanakan amal-amal soleh yang akan menjadi cahaya dan penyelamat kami di alam yang lebih abadi.

Ameen Ya Rabbal Alameen




p/s tazkirah di atas adalah daripada bekas bos saya semasa praktikal yg dihantar untuk saya dan kekawan yang lain....(zakwan,zul dan ijat.)

terima kasih Pn salmiah kerana masih ingat kt kami lg...terharu.

dan terima kasih kerana berkongsi ilmu dengan kami...oleh itu saya ingin berkongsi ilmu dengan anda semua...:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...